Friday 26 June 2015

ROAD TO WORLD FINALS 2015

Publicising our gala dinner ‪#‎worldfinals‬ ‪#‎supportElectro‬



GALA DINNER ELECTRO


Press Conference with Anuar Zain



1ST RUNNER UP FOR NATIONALS!

2ND PLACE FOR NATIONALS!!!!!


Check it out guys! 



Electro gondol 3 anugerah, muncul naib johan kebangsaan

11NOV
Petaling Jaya (10 Nov) Pasukan F1 sekolah, Electro telah berjaya menggondol 3 anugerah di dalam Pertandingan F1 Technology Challenge 2014, dan seterusnya diumumkan sebagai Naib Johan keseluruhan pertandingan tersebut.
Pasukan Electro dianggotai oleh empat orang pelajar tingkatan empat ; Aiman Abul’As b Azmel sebagai Design Engineer, Puteri Ameena bt Hishammuddin sebagai Manufacturing Engineer, Nadya Amira bt Azrudyn sebagaiGraphic Designer merangkap Team Manager dan Nur Anis Shuhada bt Kamarulzuhan sebagai Resource Manager merangkap Team Leader. Pasukan ini berada di bawah kawal selia guru pembimbing Puan Kashnani bt Mat Nor. Untuk pertandingan kali ini mereka telah berjaya meraih anugerah  Best Verbal Presentation,Best Research and Development dan Best Engineered Car
Sebanyak 30 pasukan dari seluruh negara terlibat di dalam acara ini dan mereka terdiri daripada pasukan – pasukan yang cemerlang dari setiap zon seluruh negara, sebagaimana pasukan Electro yang sebelum ini telah muncul juara peringkat Zon Tengah.
Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Hj Sufaat b Tumin yang hadir sebagai tetamu kehormat, telah menyampaikan sijil kepada pemenang. Turut bersama beliau adalah Tn Hj Salleh b Kasim, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.
Menurut Puteri Ameena, mereka asalnya dipilih melalui satu sesi temu duga bersama pasukan mentor merekaInfinite Nine yang sebelum ini telah memenangi naib johan dalam pertandingan yang sama. Setelah terpilih, pembahagian tugas dilakukan di mana masing-masing perlu akur dengan tanggungjawab yang diberikan dan memberi komitmen yang sepenuhnya.
Bagi memantapkan lagi prestasi, pasukan ini telah melakukan kolaborasi bersama beberapa pihak sepertiAutomotive Research and Technology Centre, Alternative Energy Research Centre dan National Design Centreyang mana ketiga-tiganya berpusat di UiTM Shah Alam. Selain itu, mereka juga telah berkolaborasi bersama Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan SIRIM Berhad.
Dari segi kewangan, pasukan ini telah ditaja oleh Malaysia Automotive Institute, Prima Juta Resources, Permai Integrated Solutions, Bank Rakyat, PIBG dan Unit Kokurikulum sekolah dan juga beberapa individu.
Johan pada tahun ini, wakil daripada Sekolah Alam Shah, Putrajaya iaitu pasukan Nova, sementara tempat ketiga milik Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Chromax Racing. Kemenangan di peringkat kebangsaan ini melayakkan ketiga-tiga pasukan ini untuk mewakili Malaysia dalam peringkat yang seterusnya iaitu World Finals yang tempat dan masanya belum ditentukan.
(Foto dari Facebook Miza Amani)
Electro bersama Kakitangan F1 dan pasukan Nova
Electro bersama Kakitangan F1 dan pasukan Nova
Electro bersama sebahagian penyokong yang hadir
Electro bersama sebahagian penyokong yang hadir
Pasukan Electro yang bakal membawa bendera Malaysia ke peringkat antarabangsa. Dari kiri, Nadya, Aiman, Ameena dan Anis
Pasukan Electro yang bakal membawa bendera Malaysia ke peringkat antarabangsa. Dari kiri, Nadya, Aiman, Ameena dan Anis
Meraikan kememnangan di luar dewan majlis
Meraikan kememnangan di luar dewan majlis
Electro bersama Nova dan wakil PIBG mereka
Electro bersama Nova dan wakil PIBG mereka
Pasukan Electro bersama guru pembimbing dan krew teknikal
Pasukan Electro bersama guru pembimbing dan krew teknikal

F1 in Schools 2014 National Final Ballot

https://vimeo.com/110281989